Semua Individu dari Sabah akan disaring di Pintu Masuk Antarabangsa Bermula Esok

Semua Individu dari Sabah akan disaring di Pintu Masuk Antarabangsa Bermula Esok

Bermula 27 September 2020 sehingga 10 Oktober 2020, semua individu yang baru tiba dari Sabah akan disaring di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan domestik.

Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu tersebut perlu menjalani saringan ulangan bagi #COVID19.

Wajib menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO). Kesemua akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin. Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif.

Saringan ke atas individu (warganegara dan bukan warganegara) yang pulang dari Sabah ini dikecualikan daripada caj ujian

sumber : KKM

CATEGORIES