Selangor Harus Belajar Dari Kelantan Pengurusan Air, Sindir Nitizen

Selangor Harus Belajar Dari Kelantan Pengurusan Air, Sindir Nitizen

Apabila Harakahdaily mengeluarkan artikel bertajuk ‘Kerajaan PH Selangor Gagal Jaga Kebajikan Rakyat’, rata rata nitezen memberi respon supaya kerajaan negeri Selangor belajar dengan Kerajaan Negeri Kelantan dalam menangani isu air.

Rakyat Selangor berdepan situsi tidak selesa selama beberapa hri apabila berlaku pencemaran sungai hingga menyebabkan bekalan air terjejas.

Namun keadaan itu berunsur pulih kini dengan kebanyakan rumah sudah kembali mendapat bekalan air.

Menteri Besar Selangor sebelum ini berkata akan roboh kilang punca pencemaran dan denda akan dinaikkan maksima 1 Juta kerana telah menyusahkan orang ramai.

Disebalik kritikan Pas terhadap kerajaan Negeri Selangor, rakyat sempat menyindir dengan mengesa Aminudin belajar dengan Kelantan kerana hakikatnya kerajaan dibawah Pas itu sehingga kini gagal membekalkan sepenuh air bersih kepada rakyat Kelantan.

Respon Exco kerajaan Negeri sebelum ini menyebut dengan mandi air telaga pun boleh jadi exco apabila Negeri Kelantan dikritik gagal sedia air bersih .

CATEGORIES