Sekolah Tidak Akan Ditutup – Timb Menteri Kesihatan

Sekolah Tidak Akan Ditutup – Timb Menteri Kesihatan

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata sekolah tidak akan ditutup kerana pihak sekolah telah melaksanakan prosedur operasi standard yang sangat ketat seperti penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu badan dan pengawasan aktiviti berkumpulan.

Menurut Noor Azmi, Orang awam tidak dibenarkan keluar masuk sekolah, manakala pelajar yang tinggal di asrama tidak boleh balik, oleh itu, Di sekolah lebih selamat berbanding komuniti luar. Tegas beliau lagi , jika tiada kes Covid-19, sekolah tidak akan ditutup,”

Hampir 700 orang disahkan dijangkiti penyakit berkenaan semalam sekaligus meningkatkan kebimbangan ibu bapa terhadap keselamatan anak anak di sekolah. ibu bapa berpendapat Kementerian Pendidikan seharusnya menutup sementara sesi persekolahan.

Beberapa sekolah di seluruh negara telah ditutup berikutan kes positif dalam kalangan guru.

CATEGORIES