Sejak Bersama PN, UMNO Satu Satunya Parti Tiada Hala Tuju – Sumber UMNO

Sejak Bersama PN, UMNO Satu Satunya Parti Tiada Hala Tuju – Sumber UMNO

Pengumuman Biro Politik Umno semalam bahawa parti itu mempertimbangkan menarik diri daripada menyokong gabungan Perikatan Nasional (PN) dikatakan hampir sebulat suara disokong oleh anggota yang hadir termasuk semua pengerusi perhubungan negeri Kecuali Sabah.

Menurut sumber UMNO, hanya seorang yang keluar dari Mesyuarat, dipercayai Setiausaha Agung Perikatan Nasional , Annuar Musa dipercayai kerana tidak puas hati dengan isu yang dibangkitkan dengan ramai yang mengkritik pentadbiran Muhyiddin. Namun Twitter Annuar menyiarkan beliau benar hadir majlis kematian sahabat rapat.

Sumber itu turut mendakwa Sejak penubuhan kerajaan PN, Umno satu-satunya parti dalam gabungan itu menjadi lemah dan makin tiada hala tuju kerana setelah Selesai penubuhan kerajaan, Umno yang mempunyai jumlah ahli majoriti dalam gabungan dipinggirkan dalam kabinet sehinggakan gagal mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Yang kalah hilang deposit dalam PRU14 diberikan jawatan menteri kanan. Tapi, Umno diperuntukkan menteri-menteri yang kurang penting sahaja. Yang dapat dua tiga kementerian besar pun, bukan (mereka yang) memegang jawatan penting atau ahli MT (majlis tertinggi Umno).

“Ini satu strategi untuk melemahkan Umno dengan memberi nyawa kepada pemimpin-pemimpin yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan,” kata sumber itu kepada portal Malaysiakini.

Beliau turut bangkitkan soal UMNO kehilanganjawatan ketua menteri Sabah walaupun UMNO merupakan parti paling banyak memenangi kerusi DUN berbanding Bersatu. Lebih menyedihkan, Umno juga terpaksa berhadapan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak berkepentingan.

Rujukan : https://www.malaysiakini.com/news/546560

CATEGORIES