Sedia Lawan PAS : Tengku Haphiz Rayu Pemuda PAS Untuk Berdialog

Sedia Lawan PAS : Tengku Haphiz Rayu Pemuda PAS Untuk Berdialog

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera melahirkan rasa gelisah beliau diatas status facebook Ketua Pemuda PAS Terengganu, Nasir Razak yang seolah menuduh UMNO mencanang gendang perpecahan ummah.

“Sepatutnya gendang perpaduan dilaungkan oleh pimpinan umno demi ummah. Tetapi sebaliknya gendang perpecahan pula dicanang kepada ahli bawahan.
Sejarah PRU14, ummah mesti bersatu !!!” tulis Nasir.

Tengku Haphiz kemudiannya dilaporkan telah menalifon Nasir Razak bagi menjelaskan keadaan sebenar kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang mendakwa bersedia memberi sokongan padu kepada UMNO Terengganu untuk berdepan PAS dalam PRU15 akan datang adalah dipetik secara diluar kontek dan tidak mengambarkan ucapan keseluruhan.

“kalau ditakdirkan kita terpaksa masuk dalam gelanggang, dalam keadaan kita sebagai Barisan Nasional dan melawan PAS sebagai Kerajaan Negeri, UMNO Terengganu sudah bersiap siaga” , sebut Asyraff.

Kenyataan Asyraff yang menyinggung PAS akhirnya memberi padah kepada UMNO Terengganu bila perlu berdepan memberi penjelasan kepada PAS.

“Sy juga menghubungi rakan sejawat, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ust Nasir Razak utk meresponkan kepada status FB beliau pagi ini. Walaupun ringkas perbualan kami, tetapi sy berjanji utk lebih adil sy ingin menghuraikan lebih terperinci ttg isu ini terutama juga berkenaan halatuju Muafakat Nasional Terengganu dalam platform Forum bersama beliau mungkin semudahnya secara dalam talian.” tulis Tengku Haphiz dalam facebook beliau.

Tengku Haphiz juga berharap satu program dialog bagi merungkai isu terbabit, diantara beliau dan ketua pemuda PAS Terengganu.

“Meraikan sop KKM dan merungkaikan kegelisahan rakyat Terengganu. Lebih elok semua mendengar dn mendapat penjelasan sy dan ust Nasir sbg teraju utama Pemuda Parti masing². Sy juga menjemput mana² platform yg tidak berpartisan menjadi moderator utk forum kami ini, mungkin pihak media @Sinar Harian atau mana² shj agar forum berjalan harmoni, beretika dan ilmiah.” tambah Tengku Haphiz

CATEGORIES