Saya Boleh Jadi PM – Anwar

Saya Boleh Jadi PM – Anwar

Presiden PKR, Anwar Ibrahim memberi reaksi terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Shafie Afdal boleh menjadi perdana menteri sekiranya Anwar tidak berjaya mendapatkan sokongan. Menurut Anwar, dia boleh mendapatkan sokongan untuk menjadi perdana menteri.

Lim sebelum itu menjawab soalan wawancara bahawa Anwar masih pilihan pertama sebagai calon perdana menteri tetapi sekiranya Anwar tidak boleh mendapatkan sokongan, maka Shafie Afdal adalah sosok yang boleh dikedepankan.

Cadangan Lim mendapat reaksi kurang senang anak perempuan Anwar, Nurul Izzah yang meminta untuk fokus pada PRN Sabah dan tidak mematahkan semangat setiakawan. Kenyataan Lim Guan Eng turut mendapat kecaman dari AMK Sabah.

Hubungan Anwar dan rakan komponen Pakatan Harapan menjadi sedikit pergeseran apabila menolak semua cadangan yang tidak mencalonkan beliau sebagai perdana menteri walaupun individu lain mampu mendapat sokongan sekiranya 106 ahli parlimen Pakatan Harapan memberi sokongan.

CATEGORIES