Saman Azmin, Mahathir sedia Jadi Saksi

Saman Azmin, Mahathir sedia Jadi Saksi

Dr Mahathir Mohamad bersedia menjadi saksi dalam kes saman 10 individu yang merupakan pengundi parlimen Gombak, ke atas Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.

Menurut Mahathir, 10 individu terbabit sebagai berani dan berkata mahkamah adalah tempat paling sesuai untuk mengesahkan dakwaan-dakwaan yang dikemukakan mereka.

“Saya melihat keberanian rakyat mempersoal kredibiliti dan integriti seorang ahli parlimen seperti Azmin sebagai satu proses mematangkan pendemokrasian negara.

“Saya sedia menawarkan diri sebagai saksi di mahkamah sekiranya keterangan saya diperlukan. katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, sekumpulan pengundi berdaftar kawasan parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Azmin dengan mandakwa Azmin menipu dan melanggar kewajipan fidusiari melalui ‘Langkah Sheraton’ hingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.

CATEGORIES