Saifuddin Abdullah Terkejut Peruntukan Jasa

Saifuddin Abdullah Terkejut Peruntukan Jasa

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah terkejut dengan jumlah yang diperuntukan untuk JASA walaupun agensi terbabit berada dibawah kementerianya.

Menurut sumber portal The Malaysian insight, walaupun Saifuddin tahu berkenaan agensi berkenaan yang dikenali gigih menyebar propaganda kerajaan BN, namun Saifuddin tidak tahu jumlah yang disediakan.

“Beliau terkejut apabila nampak jumlah itu. Beliau tidak pernah minta sebanyak itu diperuntukkan untuk Jasa,” kata sumber berkenaan.

Saifuddin kemudiannya meminta perkata tersebut disiasat.

Jasa merupakan unit propaganda kerajaan BN sebelum ini yang dimansuhkan pada zaman pentadbiran Pakatan Harapan, dan diwujudkan kembali di bawah PN dengan peruntukan 4 kali ganda dari zaman BN iaitu lebih RM80,000,000.

Peruntukan terbabit mennerima kritikan ramai pihak termasuk bekas perdana menteir, Najib Razak dan bekas pengarah Jasa.

CATEGORIES