SAH! Tiada Timbalan Perdana Menteri Dari UMNO

SAH! Tiada Timbalan Perdana Menteri Dari UMNO

Portal MalaysiaNow melaporkan Khabar angin pelbagai media mengenai perlantikan wakil rakyat UMNO sebagai timbalan perdana menteri disahkan sebagai tidak benar.

Menurut portal terbabit, Spekulasi itu menyebabkan ramai wartawan membanjiri Ibu Pejabat Umno dengan sangkaan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno akan menamakan calon timbalan perdana menteri bahkan ada yang membuat andaian kabinet akan dirombok setelah ugutan beberapa pemimpin UMNO untuk meninggalkan PN.

Menurut sumber yang dipetik MalaysiaNow, khabar angin terbabit adalah permainan siber yang turut memerangkap media kerana tiada tawaran daripada Muhyiddin kepada UMNO untuk jawatan TPM sebaliknya Muhyiddin sebagai PM kini memberi tumpuan kepada belanjawan yang bakal dibentangkan tidak lama lagi.

Zahid dan Najib Razak adalah individu yang dipercayai memberi tekanan kepada Muhyiddin agar memberikan lebih banyak jawatan kanan kerajaan kepada UMNO kerana UMNO memiliki 39 ahli parlimen yang menyokong Muhyiddin untuk membentuk kerajaan.Tuntutan utama mereka ialah Muhyiddin melantik timbalan perdana menteri dari UMNO.

Sebelum ini beberapa nama disebut sebut sebagai calon timbalan perdana menteri dari UMNO antaranya Hishamuddin Tun Hussein, Mohd Sabri dan beberapa nama lain.

Hsrat UMNO untuk meletakkan Presiden UMNO, Zahid sebagai Timbalan mungkin sukar menjadi kenyataan apabila Muhyiddin sendiri tidak akan melantik mereka yang didakwa di mahkamah dalam kabinet beliau

CATEGORIES