Sah! ADUN Bukit Tunggal berdepan hukuman denda RM50,000

Sah! ADUN Bukit Tunggal berdepan hukuman denda RM50,000

Dr Alias Razak yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal hari ini bakal berdepan risiko kehilangan kerusi DUN apabila Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menjadualkan pendakwaan ke atas beliau pada 29 Mac nanti.

Alias yang juga Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu dan memegang jawatan sebagai Pengarah di Kelana Jaya Medical Centre Sdn Bhd didapati melanggar seksyen 68 (1) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) kerana gagal menyerahkan simpan penyata tahunan syarikat untuk tahun 2018, lapor Malaysiakini.

Majistret Norina Maludin menetapkan 29 Mac depan bagi sebutan semula kes ini setelah ditangguhkan kerana Alias tidak dapat hadir dalam prosiding hari ini atas alasan menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang telah dijadualkan lebih awal.

Alasan ketidakhadiran tersebut dikemukan oleh peguam Saifuddin Othman yang mewakili Alias hari ini di Mahkamah Kuala Terengganu.

Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Adam Mamat mengetuai proses pendakwaan dan jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000.

Alias Razak pada ketika ini memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar sejak 2018 setelah PAS membentuk kerajaan di Terengganu pada PRU14 lalu.

Foto ihsan Malaysiakini

 

CATEGORIES