Rupanya Ahli Majlis Tertinggi UMNO Yang Cadang Hidupkan JASA

Rupanya Ahli Majlis Tertinggi UMNO Yang Cadang Hidupkan JASA

Ahli majlis tertinggi UMNO,Zahidi Zainul Abidin, mengakui bertanggungjawab mencadangkan Jasa dihidupkan semula selepas ia dibubarkan kerajaan Pakatan Harapan pada 2018.

Menurut Zahidi, dia memaklumkan cadangan tersebut kepada Saifuddin namun tidak menolak kemungkinan menteri terbabit terlupa kerana terlalu sibuk.

“Ya, saya yang cadang hidupkan Jasa, tapi beliau (Saifuddin) tahu… mungkin sebab beliau menteri jadi banyaklah tugasnya.

“Menteri inikan terlalu aktif, terkenal jadi dia sibuk sampai terlupa benda yang dah disampaikan kepada beliau,” katanya.

Menurut Zahidi, peruntukan besar kepada JASA adalah untuk membela nasib bekas staf.

Zahidi yang sebelum ini menyalahkan rakyat kerana mengundi PAKATAN Harapan menyatakan penghargaannya kepada Muhyiddin Yassin kerana membela nasib orang Melayu dalam Jasa kerana menurut beliau, jika Muhyidin tidak setuju maka ia tetap tidak boleh dilaksana.

CATEGORIES