Rosol Wahid Minta UMNO Tidak Tanding Kerusi Hulu Terengganu

Rosol Wahid Minta UMNO Tidak Tanding Kerusi Hulu Terengganu

Ahli parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid berkata PPBM akan bantu UMNO untuk memang pada PRU15 akan datang dengan syarat UMNO tidak kacau kerusi PPBM.

Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu itu berjanji akan membantu UMNO untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), asalkan parti itu tidak meletakkan calon-calonnya di kawasan yang ditandingi Bersatu, katanya kepada Utusan Online.

” Kita terima apa sahaja yang baik kerana diperingkat awal lagi memang kita tak mahu berpecah”

“Formulanya mudah sahaja, UMNO jangan letak calon dikerusi kita (PPBM)bertanding,contohnya di kerusi Pagoh, Larut dan Hulu Terengganu.”

Rosol Wahid merupakan ahli parlimen yang menang diatas tiket UMNO pada PRU14 lalu namun bertindak keluar parti menyertai BERSATU setelah UMNO/BN tumbang diperingkat pusat.

Rosol dilantik sebagai timbalan menteri dibawah pentadbiran Muhyiddin Yassin setelah kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkkan pada februari 2021.

CATEGORIES