Rombakan Kabinet Hanya Pandangan Peribadi – Bekas Naib Presiden BERSATU

Rombakan Kabinet Hanya Pandangan Peribadi – Bekas Naib Presiden BERSATU

Bekas Naib Presiden BERSATU, Mohd Redzuan Md Yusof berpendapat Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin tidak perlu merombak Kabinet untuk memuaskan hati pihak tertentu sebaliknya semua pihak perlu memelihari kerjasama dalam gabungan itu.

“Kenapa kita harus merombak Kabinet? Kita baru berapa bulan sahaja jadi kerajaan? Kepada sesiapa yang mendesak supaya rombakan Kabinet dibuat, itu hanyalah pendapat peribadi,” katanya dipetik Berita Harian.

Redzuan turut berpendapat, sebarang masalah dalam kerajaan ketika ini perlu diselesaikan secara rundingan .

Terdahulu, UMNO telah membuat keputusan melalui biro politik untuk pertimbangkan sokongan kepada kerajaan perikatan Nasional dan disebut sebut desakan agak dilakukan rombakan kabinet sebagai syarat baru untuk UMNO terus kekal bersama PN.

Ahli majlis tertinggi UMNO Tajuddin Abdul Rahman,sebelum ini berkata jawatan timbalan perdana menteri dan portfolio penting dalam kabinet perlu diberikan kepada Umno, memandangkan parti itu memiliki kerusi Parlimen paling banyak dalam PN.

Kerajaan PN yang tertegak dengan majoriti 2 kerusi berisiko tumbang sekiranya UMNO menarik kembali sokongan kepada PN.

CATEGORIES