Rina Harun berdepan muflis, bakal hilang kerusi Titiwangsa?

Rina Harun berdepan muflis, bakal hilang kerusi Titiwangsa?

Ketua Wanita BERSATU, Rina Harun yang juga menteri Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Masyarakat dipercayai berdepan risiko muflis sekaligus mengancam karier politik beliau.

Tuntutan dipercayai dari hutang lama dari syarikat terbitan filem dan siri televisyen berpengkalan di Paris kepada syarikat yang pernah dikaitkan dengan Rina. Lapor Portal twentytwo13.my

Sarl Novovision, terkenal yang karya berunsur komedi dan lucu keluarkan invoice kepada syarikat Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd and Fine TV Network Sdn Bhd diantara 2011 and 2013 dimana Rina ketika itu adalah pengarahnya.Seorang lain pengarah bersama, Ida telahpun muflis pada 2015.

Tuntutan terhadap Rina difile kan pada 8 Nov 2018 dan persetujuan dibuat antara Rina dan pihak yang menuntut separuh bayaran dibayar sebelum 31 Julai 2019 dan kemudiannya peguam Rina meminta ditangguhkan hingga ke 31 Ogos.

Namun Rina tetap gagal untuk membayar pada tarikh terbabit sebaliknya hanya bayar Rm450,000 pada 1 okt dan diikuti Rm100,000 pada 15 November. Dilaporkan hingga kini Rina Masih berhutang sebanyak RM1,938,152.55.

CATEGORIES