Rencana : IKTIBAR KLUSTER KEBOR AIR (Penularan Kes Covid-19 Bermula di Tempat Kerja di Terengganu)

Rencana : IKTIBAR KLUSTER KEBOR AIR (Penularan Kes Covid-19 Bermula di Tempat Kerja di Terengganu)

Sebelum ini kita mendengar kluster dalam famili rapat disebabkan perhimpunan keluarga.

Sekarang kita mula mengesan kluster yang berlaku di tempat kerja. Kluster Kebor Air merupakan Kluster ke 6 di Terengganu yang melibatkan tempat kerja.

Kluster ini dikesan pada 16 Januari 2021 melibatkan sebuah Pejabat A. Sehingga ke hari ini seramai 7 orang dari 25 staf telah dikesan positif Covid 19 di Pejabat A.

Pejabat A banyak melakukan program bersama masyarakat yang juga melibatkan Pejabat B dan C. Akhirnya kluster ini menular ke dua Pejabat ini.

Terkini seramai 8 dari 20 staf Pejabat B dikesan positif Covid 19 manakala seramai 5 dari 19 staf Pejabat C juga dikesan positif Covid 19.

Bagaimana penularan berlaku…

1) Rakan sepejabat apalagi kalau meja sebelah menyebelah
2) Menaiki kereta bersama2
3) Berurusan rapat dengan rakan sekerja dalam satu pejabat dan pejabat lain.
4) Bersama2 semasa melakukan program.
5) Caterer juga dijangkiti kerana berurusan dengan kes positif.

Perkara2 ini adalah rutin di mana2 pejabat. Tapi jika ada pematuhan SOP penularan jangkitan Covid 19 boleh dicegah.

Kluster ini bukan terhad kepada rakan sepejabat sahaja tapi juga sudah menular kepada famili staf dan kontak sosial yang lain. Total kes positif dari Kluster ini adalah seramai 35 orang.

Ada staf lelaki menjangkiti isteri dan 3 anak. Ada staf lelaki lain menjangkiti isteri dan 4 anak. Ada staf perempuan menjangkiti ayah dan ada staf menjangkiti adik.

Yang kita sangat risau bila anak dijangkiti. Akan ada risiko penularan ke sekolah (institusi) pula. Bayangkan kalau sekolah (institusi) ada 300 murid dan 50 cikgu dan ahli keluarga. Ini yang berlaku di Kubang Bujuk. Ratusan pelajar dan cikgu telah dijangkiti.

IKTIBAR dari Kluster tempat kerja adalah kegagalan dalam pematuhan SOP. Diburukkan lagi oleh pergerakan yang tidak terkawal dan melibatkan kumpulan yang ramai.

Kita boleh nilai sendiri setakat mana kepatuhan SOP tempat kerja kita.

Ada pejabat kecil, memang duduk rapat2. Faktor sempit dan sesak sukar dikawal tapi tingkah laku sangat boleh dikawal.

Berapa ramai dari kita yang memakai mask di pejabat. Ramai orang pandang remeh pakai mask di pejabat. Kalau pakai mask pun letak bawah dagu.

Padahal kita tak tahu pun status Covid 19 kawan kita tu. Kita tak tahu pun kawan kita mungkin baru balik dari zon merah atau ada kontak rapat kes positif kecuali dia memberitahu kita.

Kesilapan besar ramai orang adalah bila nak bercakap buka mask. Kita semua tahu Covid 19 berjangkit melalui titisan air (droplets) yang disebarkan melalui bercakap, bersin dan batuk. Jadi, kalau bercakap buka mask macam tak ada guna pakai mask. Tak ada perlindungan kalau begitu

Kita masih amalkan sembang rapat2. Dengan alasan kawan2 kita belaka. Kita ambik mudah pematuhan SOP. Kita masih bersalaman dan bersentuhan macam tak ada apa2.

Kalau naik lif pun sama. Patut 4 atau 5 orang jer. Tapi nak TEROKK jugak.

Sepatutnya kita semua sudah membudayakan NORMA BARU.

Kluster Kebor Air telah menular ke 3 buah Pejabat (mungkin 4) dan melibatkan 4 daerah KT, Kuala Nerus, Dungun dan Setiu. Lebar dan panjang rantaian nya.

Setakat ini seramai 278 kontak rapat telah dikesan dan pihak kami masih berusaha mengesan kontak rapat yang lain. Tidak termasuk sebuah sekolah (institusi) yang kita syaki mungkin sudah ada penularan. Sebanyak 142 ujian masih belum ada keputusan.

Jika keadaan begini berterusan katil di Hospital di Terengganu tidak lagi mencukupi untuk menampung semua kes positif tersebut.

Saya berkongsi kisah Kluster ini supaya kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Tidak berhasrat untuk tunding jari kepada sesiapa.

Yang pasti kluster Covid 19 samada di tempat kerja atau mana2 pun sekali boleh dicegah jika SETIAP orang amalkan kepatuhan SOP sepenuhnya.

Jangan ambik mudah nasihat ELAK 3C dan AMAL 3W. Hanya ini tindakan paling berkesan buat masa ini untuk putuskan rantaian jangkitan Covid 19.

Pesanan #PKNTrg

Dr Nor Azimi binti Yunus
Pengarah Kesihatan Terengganu

CATEGORIES