Redzuan Yusof Antara Bakal Tersingkir Sekiranya Dibuat Rombakan Kabinet

Redzuan Yusof Antara Bakal Tersingkir Sekiranya Dibuat Rombakan Kabinet

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan bekas Naib Presiden BERSATU antara yang bakal tersingkir sekiranya berlaku rombakan kabinet.

Redzuan sebelum ini tewas dalam pemilihan BERSATU dan hanya kemudiannya dilantik sebagai AMT Bersatu secara lantikan.

Pastinya mereka yang memegang jawatan tertinggi dan menang pemilihan akan lebih diberi keutamaan sekiranya berlaku rombakan semula kabinet.

Redzuan sebelum ini mempersoalkan desakan pihak dari UMNO yang mahu rombakan kabinet dilakukan dengan UMNO diberi posisi yang lebih kanan dan selayaknya sebagai parti yang memiliki ahli parlimen teramai dalam kerajaan hari ini.

Redzuan turut meminta agar permasalahan yang melanda dalam kerajaan harus diselesaikan secara rundingan tanpa perlu merombak kabinet kerana mereka hanya baru beberapa bulan menjadi kerajaan.

Sebelum ini, Khairy Jamaludin dan Hishamudin yang mengeluarkan kenyataan menolak sebarang kerjasama dengan Anwar turut berisiko hilang jawatan menteri dengan rombakan baru kerana keutamaan adalah kepada yang memegang jawatan di dalam parti.

CATEGORIES