Razali Idris Gesa Pimpinan PN Henti Berdebat Soal Agihan Kerusi

Razali Idris Gesa Pimpinan PN Henti Berdebat Soal Agihan Kerusi

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Razali Idris,berkata tindakan sebahagian pimpinan tertinggi UMNO, PAS dan BERSATU yang berdebat mengenai pembahagian kerusi akan merencatkan rundingan dalam Perikatan Nasional.

Menurut Razali, semua pihak perlu akur dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada jawatankuasa rundingan yang diwakili 5 wakil setiap parti. Oleh itu tidak sesuai jika semua pimpinan membangkitkan soal agihan kerusi, lapor Berita Harian.

Razai mengesa semua pihak hentikan berdebat soal rundingan kerusi di media sosial.

Terdahulu Razali Idris melalui Laman Sosial Facebook beliau menyebut BERSATU akan bermula di Terengganu dengan 2 kerusi parlimen dan 8 kerusi Dewan Undang Negeri di Terengganu.

Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri menjelaskan pertikaian mengenai pembahagian kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dipersoal dan diperdebatkan termasuk melalui laman sosial akan memburukkan keadaan dan dipolitikkan oleh Pakatan Harapan.

CATEGORIES