Razali Idris Dakwa Najib Plundering Idiot

Razali Idris Dakwa Najib Plundering Idiot

Ketua PPBM Terengganu , Razali Idris berkongsi satu tulisan yang mendakwa bekas Presiden UMNO, Najib Razak sebagai “plundering idiot”.

Menurutnya, Najib menang anugerah plundering idiot dalam menganjing tapi malangnya rakyat sudah tidak melayan beliau.

“Penipu yang bodoh itulah gelaran media luar pada Najib. Pandai menipu tapi bodoh.” kongsi Razali.

“Mungkin kasar tapi itu hakikatnya. Gelaran dan anugerah ini takde pemimpin dunia lain dapat. Najib sorang je dalam dunia dapat gelaran ini.”

“Semalam Najib menganjing kerajaan ,mengapa perlu meeting dulu dengan pemain industri sebelum nak umum PKP ”

“Punya syok menganjing untuk kasi seronok budak2 dia up perkara sama.”

“Bukan sahaja kerajaan perlu berdialog dengan pemain industri malah kerajaan semalam juga berdialog dengan semua Menteri Besar dan KM membincangkan hal PKP.”

“Mesyuarat MKN petang semalam melibat semua Menteri Besar dan Ketua Menteri yg di pengerusikan oleh Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin”

“Ini bererti apa saja keputusan yg dilaksanakan oleh kerajaan adalah keputusan bersama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri demi keselamatan nyawa rakyat dan ekonomi rakyat keseluruhannya.” jelas Razali..

Razali turut mengingatkan Najib bahawa mengawal covid tidak semudah menyamun wang rakyat.

“Najib……seluruh dunia akui nak lawan covid ini tak semudah menyamun wang rakyat.”

CATEGORIES