Razali cadang netizen yang kutuk dan hina Muhyiddin dikenakan tindakan

Razali cadang netizen yang kutuk dan hina Muhyiddin dikenakan tindakan

Ketua PPBM Terengganu, Razali Idris menyelar sikap netizen yang menyerang Muhyiddin Yassin di media sosial. Menurut pengerusi Ketengah itu, sikap netizen dilihat sudah menjadi penyakit mental nombor satu di negara ini dan memerlukan satu tindakan undang-undang yang lebih tegas dan agresif.

Razali mencadangkan satu rang undang-undang baharu berkenaan cercaan, hasutan dan carutan perlu diperkenalkan atau dengan meminda undang-undang sedia ada dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, lapor Astro Awani.

“Dalam hal ini, Parlimen juga boleh menggubal undang-undang menurut Perkara 10(2)(a) untuk menyekat kebebasan bersuara sekiranya ia berkenaan beberapa perkara antaranya, berkaitan keselamatan dalam negeri, prinsip moral, ketenteraman awam dan hubungan antarabangsa,”

“Terbaharu cercaan, hasutan dan carutan netizen terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu lawatannya ke Indonesia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima serta tidak melambangkan sifat sopan santun dan tatasusila yang baik,” Selar Razali

Dia juga menasihatkan rakyat menunjukkan tingkah-laku disiplin dan patriotisme yang tinggi, tidak kira di mana sahaja mereka berada kerana ia merupakan asas yang diajar sejak di bangku sekolah.

“Ini termasuklah soal menghormati pucuk kepimpinan tertinggi negara seperti YAB Perdana Menteri sendiri,

CATEGORIES