Rating UMNO Semakin Menurun, Rating PAS Dan Bersatu Meningkat  – Prof Wan Hashim

Rating UMNO Semakin Menurun, Rating PAS Dan Bersatu Meningkat – Prof Wan Hashim

Pensyarah, Kamarul Yusoff dalam laman facebook beliau berkongsi satu komentar dari Prof Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam Group WhatsApp PINTAR bahawa rating UMNO semakin menurun , manakala rating PAS dan BERSATU sedang meningkat.

Menurutnya, ucapan Zahid pada perhimpunan agung UMNO ahad lalu sepatutnyatentang dasar, hala tuju dan masalah-masalah yang dihadapi parti dan rancangan mengatasinya, bukan untuk isytihar perang dan lemparan sindiran sesama rakan seperjuangan dan dalam sesama kerajaan.

“Maaf jika saya katakan, rating dan persepsi umum terhadap UMNO semakin menurun. Bagaimana nak hadapi “perang besar” PRU 15? Rating PAS dan BERSATU sedang meningkat.”

Zahid pada ucapan beliau pada PAU lalu banyak menyerang BERSATU dan membangkitkan soal sentimen kepartian berbanding isu isu rakyat yang disebut hanya untuk mengukuhkan perbahasan sentimen perpuakan politik,

Dalam pos berasingan, Kamarul merasa hairan apabila ramai penyokong UMNO begitu keras sekali terhadap kenyataan tersebut sedangkan Dr Wan Hashim bukan musuh UMNO sebaliknya sehingga hari ini masih ahli seumur hidup UMNO.

Menurutnya lagi, dalam PRU 11 pada 21 Mac 2004, Dr Wan Hashim merupakan calon UMNO-BN bagi kerusi Parlimen P54 Gerik, Perak, di mana beliau telah menang dengan majoriti 8,397 undi ke atas calon PAS, Ramli Tusin.

Tambahnya,Jika tidak setuju dengan pandangan beliau pun sekurang-kurangnya kenalah hormati kedudukan beliau selaku orang tua di dalam UMNO.

“Jika pandangan dan teguran orang-orang tua di dalam UMNO sendiri pun mahu ditolak pandangan dan teguran siapa yang UMNO mahu pakai?” tegas beliau

CATEGORIES