Rakyat Terengganu Rindu JKKK, MPKK Gagal Buat Kerja

Rakyat Terengganu Rindu JKKK, MPKK Gagal Buat Kerja

Seorang pengguna laman sosial Facebook melahirkan rasa kekecewaan terhadap MPKK lantikan kerajaan PAS yang menurutnya gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Menurut Mohd Narizar dalam group Facebook “Gabungan Anak Terengganu” , JKKK sebelum ini bergerak pantas dalam membuat kerja dan walaupun dia sendiri merupakan ahli PAS, namun JKKK sentiasa membantu, namun apabila berubah kepada MPKK, banyak perubahan dibuat tapi semakin teruk dan bantuan juga dipotong.

“Aku Benci MPKK kampung aku.. Dok rok cetong,..baik JKKK Umno dlu.. Dia pantas je wak kerja.,pulok tu lepasan “U”..walaupun dia thu “aku org PAS”..Aku mtk dia beri sokmo.. MPKK lening mcm tahik.. Baik Umno ngetoh tranung.. Byk gok perubahan.. Bleh ke Pas.. Bantuan koho potong .. Bknnya nk tambah.. Berat66 Samsuri.. 😪😪” tulis Narizar.

Menurut dia lagi, permohonan untuk tambung jalan tidak dilayan, dan apabila ke satu MPKK, pengerusi MPKK terbabit arah ke MPKK kampung sebelah, sedangkan yang dimahukan hanya untuk tambung jalan yang lecah apabila hujan.

“Mintak tambung jalan, pah ceroh, nk ambik gambor, batang idung x npok.. Padang kene pusing je.. Gi kt MPKK sebelah kapong, dia kabo kene mtk Kt MPKK sebelah plok.. Bkn mtk pitis pon,..nk tambong jln lecoh je,bila musim ujan lening.. JKKK dlu nk beri doh, tp x dang BN kaloh..”

Beliau juga mendakwa JKKK sebelum ini sudah bersedia bantu namun tidak kesempatan apabila BN tewas.

Narizar juga menegaskan bahawa yang ditimbulkan ini bukan isu politik sebaliknya isu kebajikan orang kampung. Menurutnya individu individu ini begitu mahukan jawatan dalam MPKK tetapi tidak dapat buat kerja dengan betul.

“ada AJK pon xrok cetong gok, sembang je kuat, wak keje x starang.. Kt nk ngundi gok bwok Dere keliling kapong, mcm org x btul.. Pejuang sgt la konon.. Boooo Mbuuuu..”

CATEGORIES