Rakan, Kakitangan Kerajaan Tidak Percaya Pengarah Yayasan Terima Suapan

Rakan, Kakitangan Kerajaan Tidak Percaya Pengarah Yayasan Terima Suapan

Penahanan reman seorang pengarah sebuah yayasan di negeri Terengganu semalam mengejutkan ramai penjawatan awam dan kakitangan yang mengenali pengarah tersebut secara dekat.

Rata rata menyebut pengarah terbabit seorang yang jujur, dan sangat mengikut peraturan. Ada yang berpandangan beliau hanya kambing hitam atau mangsa percaturan pihak lain yang ingin lepas tangan dari bertanggungjawab.

Seorang penjawat awam kerajaan negeri yang dihubungi berkata , selama mengenali dan pengalaman kerja bersama, dakwaan terbabit amat tidak kena dengan tertuduh.

“Dia tu sangat ikut buku, susah nak percaya dia terlibat” , kata seorang lagi kenalan kerja pengarah terbabit.

“Dia ni lurus, dan bekerja ikut peratuan, tidak mudah mudah dia buat sesuatu diluar peraturan melainkan beliau ditekan untuk bertindak sedemikian, bagi saya, saya memang tidak percaya” , kata seorang lagi kenalan kerja beliau.

Manakala seorang lagi kakitangan berkata cukup curiga dengan situasi yang berlaku;

“Ini tidak ubah seperti satu lagi kes ‘ikan bilis’ melibatkan pegawai kerajaan yang dikambing hitamkan untuk melepaskan ikan jerung yang berkuasa ?”

Semalam, pengarah terbabit ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes menerima suapan membabitkan projek pelitup muka bernilai RM9 juta, tahun lalu. Lelaki itu disyaki menerima suapan daripada pengarah sebuah syarikat sebagai balasan mencadangkan pelaburan usaha sama dengan syarikat berkenaan bagi pengeluaran pelitup muka.

CATEGORIES