Raja Bahrin Persoal Masalah Air Kerap Berlaku Setelah Kerajaan Negeri Bertukar

Raja Bahrin Persoal Masalah Air Kerap Berlaku Setelah Kerajaan Negeri Bertukar

Pengerusi Parti Amanah Negara Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Syah kesal apabila rakyat Bandaraya Pesisir Air di Bandaraya Kuala Terengganu dan daerah Marang sekali lagi dikejutkan dengan ketiadaan bekalan air tanpa notis sejak beberapa hari lalu.

Menurut beliau kejadian ini adalah anehnya kerana kerap pula kejadian berlaku di bandaraya yang terletak di muara Sungai Terengganu, tidak begitu jauh dari Tasik Kenyir.

Beliau turut mendakwa ketiadaan notis awal ternyata menyusahkan orang ramai kerana mereka perlu berdepan dengan masalah ketiadaan air tanpa persediaan secukupnya.

“Kuala Lumpur dan Shah Alam mempunyai berjuta juta penduduk serta kilang besar dan isu pencemaran alam sekitar yang sukar dikawal, Kuala Terengganu pula hanya mempunyai penduduk ratusan ribu sahaja tanpa wujud kilang besar atau isu pencemaran alam. Jadi apakah masalah sebenarnya di Kuala Terengganu?” tulis Raja Bahrin dalam satu kenyataan.

“Kuala Terengganu telah diisytiharkan status Bandaraya pada tahun 2008, sepatutnya sudah dapat menguruskan dengan baik kemudahan asas untuk orang awam.”

Senator dewan negara itu turut mempersoalkan mengapa sejak pertukaran kerajaan negeri pada 2018, pengurusan kemudahan asas termasuk bekalan air ini semakin merosot. Beliau mengesa kerajaan negeri bertanggungjawab selaku pentadbir negeri,

CATEGORIES