Raja Bahrin Kesal Sikap Berdiam Diri Samsuri

Raja Bahrin Kesal Sikap Berdiam Diri Samsuri

Pengerusi Amanah Negeri Terengganu, Raja Kamarul Bahrin kesal dengan sikap menteti besar Terengganu, Samsuri Mokhtar yang hingga kini berdiam diri dalam isu kegagalan anak syarikat kerajaan negeri, TDM menghantar laporan selama 3 tahun berturut.

Raja Bahrin membangkitkan perkara itu setelah mahkamah melepaskan tanpa bebas Exco Kerajaan Negeri, Alias Razak tuduhan gagal kemukakan Penyata Tahunan Syarikat 2018 untuk Kelana Jaya Medical Center.

Menurut Raja Bahrin, jika tindakan telah diambil atas pengarah Kelana Jaya Medical Center yang merupakan anak syarikat TDM, bagaimana pula situasi syarikat induk iaitu TDM itu sendiri yang tiga tahun berturut tidak kemuka penyata tahunan.

Terdahulu, Syarikat Kelana Jaya Medical Center Sdn Bhd, anak Syarikat TDM BHD, telah membayar kompaun SSM sebanyak RM5,000.00 diatas kesalahan tersebut, sehubungn itu, Dr Alias telah didakwa atas kesalahan tersebut pada 17 hb Februari 2021 di bawah akta Syarikat 2016 mengikut seksyen 68 (1) .

Menurut Raja Bahrin, kesalahan TDM merupakan lebih berat oleh syarikat yang jauh lebih besar kerana TDM BHD yang tersenarai di Bursa saham Malaysia, mempunyai aset nilai berjumlah lebih RM1.1 billion dan mempunyai banyak kepentingan awam dimana syarikat tersebut di Pengerusikan oleh YAB Dato Sri Shamsuri, Menteri Besar Terengganu.

Samsuri dilaporkan tidak menjawab persoalan yang dibangkitkan sejak 2020 dan terus bersikap tidak bertanggungjawab dengan terus membisu.

CATEGORIES