Raja Bahrin Desak Kerajaan Negeri Terengganu Tidak Membisu Soal Masalah TDM

Raja Bahrin Desak Kerajaan Negeri Terengganu Tidak Membisu Soal Masalah TDM

Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu, YB Senator Raja Kamarul Bahrin Syah mendesak kerajaan negeri Terengganu untuk tidak berdiam diri soal kegagalan anak syarikat kerajaan negeri yang gagal tidak mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan bagi tahun 2017, 2018 dan 2019 kepada SSM, (Syarikat Suruhanjaya Malaysia ) mengikut peraturan serta undang-undang di Malaysia .

Menurut Raja Bahrin, Satu aduan rasmi telah di buat pada 3 September 2020 oleh orang awam kepada SSM tentang isu TDM Bhd tidak mengemukakan penyata kewangan tahunannya. Berikutan beliau meminta meminta pihak Pengurusan rasmi TDM Bhd dan Menteri Besar Terengganu yang mewakili Kerajaan Terengganu, sebagai pemegang saham2 terbesar supaya memberi jawapan isu kegagalan TDM mengemukakan penyata kewangan tahunan untuk 3 tahun berturut turut

Tambah Raja Bahrin lagi, Jika benar tuduhan tersebut, ia merupakan kesalahan besar yang serius. TDM Bhd di percayai memiliki aset melebihi rm 1.1 billion.

Beliau turut menyentuh ahli parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzah Hashim yang sebelum ini menuduhan beliau sebagai keterlaluan dan tidak bertanggungjawab apabila mendedahkan kegagalan anak syarikat kerajaan negeri,

“Saya juga ingin bertanya Ahli Parlimen Kuala Terengganu YB Haji Ahmad Amzad, jika beliau masih menganggap kenyataan saya dalam isu TDM perkara keterlaluan atau ianya tidak benar ?

Raja Bahrin turut menggesa Pengarah Urusan TDM , YM Raja Idris Raja Kamaruddin dan juga Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Seri Shamsuri yang mengetuai Kerajaan PAS Negeri menafikan kenyataan beliau dan menuntut untuk mereka mengesahkan adakah TDM Bhd yang di miliki Kerajaan Terengganu, syarikat patuh syariah seperti dinyatakan dalam portal rasmi terkini TDM Bhd kerana siasatan awal dapati TDM Bhd tidak shariah compliance- patuh shariah, seperti di nyatakan oleh portal TDM..

Media difahamkan kiniSSM telah mengenakan kompaun atas kesalahan peraturan korporat TDM yang di percayai telah melanggar seksyen 30 (1b) dan TDM Bhd telah membayar saman kompaun tersebut.

Beliau kesal sehingga hari ini Pengarah Urusan TDM dan Menteri Besar Terengganu untuk berdiam diri dalam isu penting TDM Bhd ini.
 
Raja Bahrin menuntut dan mencabar Menteri Besar Terengganu dan Pengarah Urusan TDM Bhd menjawab soalan-soalan tersebut di bawah :-
 
i) Adakah benar SSM telah mengenakan kompaun ke atas TDM Bhd kerana gagal mengemukakan penyata kewangan tahunan bagi tahun 2016, 2017 dan 2018 ?

ii) Kalau benar kompaun telah di kenakan, berapa kah jumlah bayaran kompaun yang terpaksa di bayar
 
iii) Adakah TDM Bhd syarikat patuh syariah seperti di nyatakan dalam halaman portal TDM ?

Beliau menegaskan Kerajaan Terengganu dan TDM Bhd tidak boleh terus membisu dalam isu kontroversi ini. Kerajaan Terengganu dan TDM Bhd perlu menjawab segera persoalan persoalan di atas jika mereka berada di pihak yang benar.
 
 

CATEGORIES