Raja Bahrin Dakwa Timbalan Menteri Sembunyi Fakta Sebenar

Raja Bahrin Dakwa Timbalan Menteri Sembunyi Fakta Sebenar

Pengerusi AMANAH Terengganu, Raja Kamarul Bahrin mendakwa Ahli parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim dari PAS, melindungi fakta sebenar isu penarikan diri Palestin dari Expo 2020 Dubai UAE.

Menurut Raja Bahrin, Amzad melalui Facebook beliau mendakwa Palestin mengambil bahagian dalam EXPO 2020 Dubai dan menempelak pihak yang mendesak Malaysia menarik diri dari EXPO terbabit dengan mengatakan tiada sebab Malaysia harus menarik diri kerana Palestin juga turut mengambil bahagian.

Raja Bahrin menjelaskan Palestin telah menarik diri dari EXPO 2020 DUBAI sejak 17 Ogos 2020 lagi setelah pengiktirafan Israel oleh UAE dan penyertaan Israel melalui jemputan UAE.

“Penarikan diri Palestin dari EXPO DUBAI di laporkan secara meluas oleh media dunia termasuk akhbar Palestin Post 24, Middle East Monitor, Anadolu Agency, WAFA , Al Najah bahkan portal akhbar Israel sendiri, The Times of Israel,semua ini boleg di dapati melalui carian internet.”

“Dalam keghairahan beliau bersungguh sungguh mempromosi Expo Dubai, beliau telah menaikkan billboard gergasi berdekatan lapangan terbang Kuala Terengganu untuk EXPO DUBAI 2020.”

“Billboard tersebut telah menimbulkan kekecewaan dan kemarahan rakyat bagaimana beliau bolih berbangga dengan penyertaan Malaysia dalam EXPO terbabit” , tulis Raja Bahrin dalam satu kenyataan.

Timbalan Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH Nasional itu juga mendakwa setelah PAS dan Amzad menjadi kerajaan, mereka telah lupa nilap pembelaan rakyat Palestin yang tertindas dan dibunuh.

CATEGORIES