[PRN SABAH] – WARISAN – PKR Dijangka Bertindan di 6 Kerusi

[PRN SABAH] – WARISAN – PKR Dijangka Bertindan di 6 Kerusi

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan WARISAN akan bertanding di 54 kerusi Dun dimana 1 kerusi diperuntukan kepada calon AMANAH, 7 kerusi kepada calon DAP dan bakinya milik calon asal parti WARISAN.

Pengumuman calon kerusi wakili Warisan juga bertindan dengan 6 buah kerusi yang lebih awal diumumkan oleh PKR iaitu kerusi Segama, Limbahau,,Sg Manila, Membakut,Pintasan dan Petagas.

Menurut Shafie, keutamaan yang lebih ditekankan dalam pilihan raya negeri Sabah akhir bulan ini ialah peluang untuk memenangi kerusi berbanding isu maruah sesebuah parti.

“Ini bukan masa untuk kita memberikan kerusi, ini masa untuk kita memenangi pilihan raya.

“Ia bukan soal: ‘Oh, parti kami akan dipandang rendah kalau kami dapat jumlah yang lebih kecil’.

“Bukan soal maruah parti yang jadi keutamaan kita. Maruah untuk kita menang pilihan raya yang lebih penting,”

Mohd Shafie berkata sebelum ini dia sudah memberikan banyak kerusi kepada PKR namun PKR hanya berjaya memenangi dua kerusi saja.

Sekiranya PKR berkeras untuk turut bertanding dikerusi terbabit, kemungkinan 3 penjuru atau lebih membabitkan parti pembangkang adalah sangat besar.

CATEGORIES