[PRN SABAH] – SAH!! PAS Tidak Diperuntukkan Kerusi Di Sabah

[PRN SABAH] – SAH!! PAS Tidak Diperuntukkan Kerusi Di Sabah

Walaupun PAS sebelum ini mensasarkan untuk bertanding di 10 kerusi tradisi mereka dalam Pilihan Raya Negeri Dun Sabah, namun rakan mereka samada dalam Barisan Nasional mahupun Perikatan Nasional tidak berjaya merealisasikan hasrat terbabit.

Sejak semalam beberapa pimpinan PAS telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka secara kiasan, namun hari ini, Presiden PAS Ustaz Hadi telah mengeluarkan satu kenyataan media mengatakan PAS beri laluan kepada parti lain untuk bertanding di Sabah.

Kenyataan ini sekaligus bermaksud PAS tidak akan bertanding dalam pilihan raya negeri Sabah dan tidak menghantar calon dalam pilihan raya diperingkat negeri dalam tempoh 30 tahun.

Pilihan raya Negeri Sabah akan bermula pada 12 September ini iaitu penamaan calon dan rakyat Sabah akan membuang undi mereka pada 26 september 2020 ,iaitu tempoh berkempen selama 14 hari (2 minggu).

Walaupun tidak bertanding di PRN Sabah, PAS yang telah membuka pusat operasi sejak awal Ogos dijangka akan membantu calon Barisan Nasional samada dari segi dokongan ahli serta aktiviti menampal poster calon.

CATEGORIES