[PRN SABAH] – PN VS BN : TIGA PENJURU TIDAK DAPAT DIELAKKAN LAGI

[PRN SABAH] – PN VS BN : TIGA PENJURU TIDAK DAPAT DIELAKKAN LAGI

Berbaki sehari lebih sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri DUN Sabah, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional masih belum memuktamadkan keputusan agihan kerusi yang menyaksikan pertembungan 1 lawan 1 sehingga hari ini.

Walaupun UMNO Barisan Nasional sudah mengumumkan calon yang sepatutnya diumumkan bersama BERSATU pagi tadi, namun berlaku perubahan saat akhir yang menyaksikan BERSATU menarik diri dari program pengumuman dan akan mengumumkan calon mereka secara berasingan dari BN, petang ini .

UMNO tadi mengumumkan akan bertanding di 39 kerusi DUN dari 70 kerusi dun di Negeri Sabah.

Semalam, Seiausaha BN, Annuar Musa berkata perbincangan rundingan kerusi antara UMNO dan BERSATU telah selesai 100% dimana kedua parti itu akan bertanding di 45 kerusi manakala bakinya diserahkan kepada rakan komponen lain (parti tempatan).

Sekiranya tiada keputusan yang mempastikan 1 lawan 1 di PRN Sabah menjelang tengah malam esok, PRN ini akan menyaksikan pertembungan 3 penjuru atau lebih kembali

CATEGORIES