[PRN Sabah] –  Agihan Kerusi UMNO – BERSATU Selesai

[PRN Sabah] – Agihan Kerusi UMNO – BERSATU Selesai

Setiausaha Barisan Nasional juga merupakan pemimpin kanan UMNO , Annuar Musa mendakwa pembahagian kerusi antara UMNO dan BERSATU untuk PRN Sabah telah 100 peratus selesai.

Menurut Annuar, pengumuman calon bertanding akan diumumkan oleh Bung Mokhtar tidak lama lagi. Tambah Annuar lagi, UMNO dan BERSATU akan memberi tumpuan di 45 kerusi majoriti melayu disabah manakala bakinya akan ditandingi parti tempatan.

Annuar juga tidak menolak akan berlaku pertandingan 3 penjuru melibatkan 2 parti komponen PN akan bersaing untuk mendapatkan kerusi.

PRN Sabah kali ini akan membabitkan perebutan 73 kerusi dun untuk ditandingi berbanding pada pru14 hanya 60 kerusi. 13 tambahan kerusi merupakan dun baru yang diwujudkan selepas PRU14 yang lalu.

PAS sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding di 10 kerusi tradisi mereka di Sabah , namun kerusi tradisi yang dimaksudkan difahamkan kesemua hilang wang deposit pertaruhan.

CATEGORIES