Presiden PAS Diperkenan Menghadap Sultan

Presiden PAS Diperkenan Menghadap Sultan

Presiden PAS, Abdul Hadi memberitahu media bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddn Shah telah perkenan untuk bertemu dengan beliau namun masih tiada tarikh ditetapkan.

“Kita telah sembah permohonan dan sudah diterima (saya)… tak mahu beri tarikh bila (akan menghadap).

“Tiba masa kita akan menghadap,” katanya kepada media di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, hari ini.

PAS sebelum ini terpalit dengan isu penderhakaan pada Sultan apabila tiga Adun PAS Perak bertindak tidak hadir menghadap Tuanku Sultan setelah diarahkan kerana menurut arahan PAS Pusat.

Tiga adun PAS telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada Tuanku Sultan sehari selepas pengumuman EXCO utama baharu tidak ada nama dari pihak mereka.

rujukan : https://www.malaysiakini.com/news/555023

CATEGORIES