Presiden PAS Akhirnya Selar Khairuddin Takiri Yang Langgar Arahan Kuarantin

Presiden PAS Akhirnya Selar Khairuddin Takiri Yang Langgar Arahan Kuarantin

Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan menyentuh soal bahaya wabak dan solusi menurut sirah islam.

Memetik satu hadis Rasulullah s.a.w, yang bermaksud ;

“Apabila kalian mendengar berlakunya wabak di sesebuah negeri, maka janganlah kalian pergi menuju ke sana dan apabila kamu berada dalam negeri yang berlaku wabak itu jangan kalian keluar melarikan diri dari kawasan tersebut.” (Riwayat al-Bukhari 5729 dan Muslim 2219)

Hadis ini dipercayai ditujukan kepada Menteri dari PAS iaitu Khairuddin Aman Razali.

Khairuddin Aman Razali yang juga merupakan AJK PAS Pusat dan jawatankuasa ahli majlis syura ulama PAS sebelum ini diselar oleh masyarakat setelah gagal kuarantinkan diri setelah pulang dari Turki.

Walau bagaimanapun, KKM hanya mengenakan denda RM1000 kepada Khairuddin walaupun mendapat tantangan masyarakat.

Sebelum ini pemimpin PAS berdiam diri bahkan mempertahankan tindakan Khairuddin yang menyifatkan beliau sebagai Burung Hud Hud kepada negara.

CATEGORIES