Presiden AMANAH Mahu Hubungan Dengan Anwar Ibrahim Dipertahankan

Presiden AMANAH Mahu Hubungan Dengan Anwar Ibrahim Dipertahankan

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengesa kerjasama antara Pakatan Harapan dikukuhkan. Menurut beliau apabila AMANAH memilih untuk bergabung bersama PKR, untuk kemudiannya berpisah adalah sukar.

Kedua pihak akan sentiasa mencari titik persamaan dan melupakan perbezaann.

Menurut Mohamad lagi, apabila AMANAH bekerjasama dengan PKR pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim, mereka faham setiap pihak ada kelebihan dan kekurangan namun setelah bergabung dalam satu kerjasama, amat sukar untuk berpisah kerana masih banyak titik persamaan dalam perjuangan.

“Begitu jugalah halnya apabila kita bekerjasama dengan PKR pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Di dalam kerjasama ini, setiap orang ada kelebihan dan kelemahan. Tetapi apabila kita sudah bergabung amat sukar untuk berpisah disebabkan lamanya perhubungan sesama kita dan kesamaan titik perjuangan.” tulis Mohamad

Tambah Mohamad lagi, hubungan mereka bersama Anwar Ibrahim adalah hubungan yang lama sejak 20 tahun yang lalu sama sama bersusah payah dalam perjuangan yang sama. Ianya mesti dipertahankan. Pada masa yang sama mengesa kedua pihak memperbaiki kelemahan masing masing.

Adalah lebih penting dan utama untuk keduanya menjaga kesatuan dan persahabatan.

“Hubungan kita dalam Pakatan Harapan khususnya dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah hubungan yang lama sejak 20 tahun yang lalu sama sama bersusah payah dalam perjuangan yang sama. Ianya mesti dipertahankan, disebalik semua pihak mempunyai kelemahan masing masing yang boleh diperbaiki. Yang lebih utama bagi kita adalah kesatuan dan persahabatan. Dalam masa yang sama kita sentiasa mencari jalan memperbanyakkan kawan dan mengurangkan lawan. Inilah sikap saya.” , tulis Mohamad dalam kenyataan Media yang dikeluarkan pagi ini.

CATEGORIES