PPBM Terengganu Mahu UMNO Akur Elak 3 Penjuru Demi Elak DAP Berkuasa

PPBM Terengganu Mahu UMNO Akur Elak 3 Penjuru Demi Elak DAP Berkuasa

PPBM Terengganu akan sedaya upaya mengelak bertembung dengan Umno pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan pemerintahan Melayu-Islam kuat dan menutup peluang kepada DAP kembali berkuasa, lapor Malaysiakini.

Walaupun mengakui sebagai parti politik,ketua PPbm Terengganu,Razali Idris menegaskan PPBM bersedia berdepan UMNO namun PPBM akan berusaha untuk tidak bertembung dengan UMNO.

“Sebagai parti politik PPBM bersedia bertembung jika tidak boleh nak elak, tetapi kita berusaha untuk tidak bertembung (dengan Umno) untuk menjaga kepentingan pemerintahan Melayu-Islam dan tidak membuka peluang pada DAP kembali berkuasa,” Lapor FMT

CATEGORIES