PPBM Hilang Kerusi MB Di Perak , Usul Undi Percaya Tewas 48-10

PPBM Hilang Kerusi MB Di Perak , Usul Undi Percaya Tewas 48-10

Menteri Besar Perak dari parti Bersatu, Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti daripada Adun Perak itu dalam undian percaya hari ini.

Usul tersebut dibawa Adun Pengkalan Baru dari Umno, Abd Manaf Hashim.

Abdul Aziz Bari dari PH kemudian memohon agar pengundian dijalankan secara belah bahagi. Ia diterima Mohamad Zahir selepas lebih 10 Adun berdiri tanda sokongan.

Dewan Undangan Negeri Perak mempunyai 59 kerusi dan PN sebelum ini mempunyao 35 adun terdiri dari 25 Adun UMNO, 5 Adun Bersatu, 3 Adun PAS dan 2 adun bebas.

Azumu mendapat 10 undi sokongan dengan 48 menolak dan 1 berkecuali.

UMNO yang membawa usul percaya terbabit dipercayai sepakat tidak bersetju terhadap usul tersebut

CATEGORIES