Polis Teruskan Siasatan Kes Khairuddin Melanggar Perintah Kuarantin

Polis Teruskan Siasatan Kes Khairuddin Melanggar Perintah Kuarantin

Malaysiakini melaporkan polis kini meneruskan siasatan terhadap Menteri PAS, Khairudin Aman Razali yang melanggar perintah kuarantin wajib sekembalinya dari Turki pada bulan Julai lepas.

Hal tersebut adalah selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memberi arahan lanjut kepada polis mengenai kes berkenaan. Pihak polis dijangka akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan.

Menurut pihak berkuasa, kertas siasatan telah dikembalikan kepada polis hujung minggu lalu dan mereka sedang berusaha untuk segera menyelesaikan arahan yang diberikan.

Khairuddin sebelum ini menjadi kecaman rakyat apabila dengan sengaja melanggar arahan kuarantin wajib dan kemudiannya dikompaun sebanyak RM1000.

Lebih 50,000 tandatangan dari seluruh negara mendesak Khairudin meletak jawatan sebagai Menteri kerana kegagalan mematuhi arahan kuarantin yang diwajibkan kepada rakyat Malaysia.

CATEGORIES