Polis Siasat Ahli Politik Dari Pantai Timur Raba Isteri Rakan

Polis Siasat Ahli Politik Dari Pantai Timur Raba Isteri Rakan

Portal Free Malaysia Today melaporkan polis kini sedia menyiasat seoragng ahli politik berpengaruh dari pantai Timur yang didakwa mencabul seorang wanita akhir tahun lalu ketika bermalam dirumah keluarga wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk berkata wanita berusia 48 tahun membuat satu laporan polis mendakwa dicabul pada bulan Julai atau Ogos sekitar tahun lalu.

Wanita tersebut mendakwa pelaku adalah rakan baik suaminya, suspek dan isteri telah melawat rumah mereka sehari sebelum kejadian.

Ketika wanita itu sedang tidur diruang tamu pada waktu pagi keesokknya, dia terjaga setelah merasa seseorang mencium dan meraba payudaranya namun setelah pelaku tersedar dia terjaga, dia cepat cepat turun kebawah dan berlalu pergi bersama isterinya.

Menurut mangsa, beliau takut untuk membuat laporan polis kerana bimbang ganggu hubungan kedua keluarga.

Mangsa juga bimbang untuk membuat laporan kerana suspek adalah ahli politik berpengaruh di sebuah negeri di pantai timur.

CATEGORIES