PN, MN Akan Runtuh Kerana Kesatuan Hanya Berdasarkan Kepentingan Strategik

PN, MN Akan Runtuh Kerana Kesatuan Hanya Berdasarkan Kepentingan Strategik

Ketua Pemuda Amanah Terengganu, Zamir Ghazali menegaskan bahawa Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional akan runtuh.

Zamir menjelaskan , Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) akan runtuh kerana parti yang bergabung di dalamnya hanya mementingkan kesatuan kepentingan strategik sendiri semata-mata.

Jelasnya, keadaan tersebut akan menyebabkan ada parti yang bakal menjadi mangsa daripada situasi berkenaan.

“Pertama ia akan runtuh PN itu dahulu, apa yang cuba mereka bawa, Presiden Pas menyebut, Melayu dan Islam perlu bersatu, kita terima serta tolak yang ekstrem, nampak cantik tetapi cara hendak mencapai perkara tersebut tidak ada.

“Apa yang ada didomba bahawa ‘No DAP, No Anwar’ dan akhirnya ‘No Bersatu’.

Sebenarnya saya ingat ‘No DAP, No PKR’ ada pemahaman serupa di dalam PN iaitu Pas dan Bersatu cuma di dalam UMNO ditambah ke ‘No Bersatu’.

“Ini tidak boleh menjadi nilai kerana ia janggal,” jelasnya.

CATEGORIES