PKR Terengganu Sanggah Ketetapan Retreat Port Dickson

PKR Terengganu Sanggah Ketetapan Retreat Port Dickson

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu mengumumkan menolak sebarang kerjasama dengan bekas pengerusi PH, Mahathir Mohamad dalam sebarang bentuk berdepan PRU15 akan datang.

Menurut Ketua Penerangan PKR Terengganu, Syed Al Amin, keputusan ini diambil hasil usul usul cabang dan ranting parti dalam mesyuarat agung tahunan yang selesai awal april lalu.

Syed juga menegaskan menolak dan akan memberhentikan perundingan dengan mana mana pihak dalam Pakatan Harapan yang didakwanya menjadi agen kepada Mahathir.

Ketetapan ini menyanggah ketetapan hasil Retreat Port Dickson sebelum ini yang mengumumkan bahawa Pakatan Harpan akan terus gigih berusaha menjuarai aspirasi rakyat dengan mengambil pendekatan “Khemah Besar” untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira pegangan politik.

Pakatan Harapan menegaskan kesediaan untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan Prinsip dan Agenda Reformasi demi kepentingan Rakyat, tanpa melibatkan kleptokrat.

Ketetapan ini ditandatangi oleh Presiden Keadilan, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

CATEGORIES