PKR Terengganu mahu autonomi bekerjasama dengan UMNO tanpa Amanah, DAP.

PKR Terengganu mahu autonomi bekerjasama dengan UMNO tanpa Amanah, DAP.

Sumber PKR memaklumkan parti tersebut berasa kesal dengan kehendak Amanah dan DAP yang mahu 10 kerusi yang ditandingi PPBM pada PRU14 lalu setelah parti itu meninggalkan Pakatan Harapan, Mac tahun lalu.

PKR sebelum ini menuntut kesemua 10 kerusi yang ditandingi PPBM pada PRU14 menjadi milik PKR Terengganu.

Menurut sumber, PKR kesal dengan tindakan DAP yang menuntut kerusi Dun Bandar yang ditandingi oleh PKR sebelumnya.

Namun dimaklumkan, rundingan kerusi masih belum dimulakan.

Dalam satu sebaran kenyataan dalam group whatsapp Pakatan Harapan, sumber yang menyebarkan yang juga Penyelaras Dun PKR sewaktu PH memerintah, menulis PKR Terengganu telah cuba untuk meminta autonomi dari Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk bekerjasama dengan UMNO dalam PRU15 tanpa melibatkan Amanah dan DAP.

Menurutnya, pimpinan PKR Terengganu boleh berbincang secara tertutup dengan pimpinan UMNO Terengganu selepas mendapat autonomi khas dari PKR Pusat.

Sebaran kenyataan mahu autonomi turut disebarkan oleh penama Wan Ismail, dipercayai pemimpin PKR Terengganu.

CATEGORIES