PKR Terengganu Bergolak Lagi

PKR Terengganu Bergolak Lagi

Facebook Media PKR Kuala Nerus hari ini menyiarkan kekesalan berikutan campur tangan bendahari MPN Terengganu dalam Wanita PKR Negeri Terengganu hingga menimbulkan kekacauan dalam sayap wanita parti itu.

“Wanita PKR Negeri Terengganu bergolak akibat campur tangan Bendahari MPN PKR Negeri Terengganu ia itu Wan Ismail Wan Long dalam mesyuarat Wanita PKR Negeri.” lapor Media PKR Kuala NERUS.

Mereka turut membangkitkan persoalan mengenai peranan Wan Ismail dalam Gerakan Wanita PKR Negeri Terengganu dan bertanya jika Wan Ismail adalah AJK Wanita PKR Terenggannu?

Mereka turut persoalkan jika Wan Ismail ini sebenarnya seorang Wanita kerana bertindak hadir dalam setiap mesyuarat Wanita PKR Terengganu hingga menyebabkan Wanita PKR Terengganu berpecah belah.

Media PKR Kuala Nerus turut persoal samada campur tangan ini adalah arahan Azan Ismail selaku pengerusi MPN.

Sumber : https://www.facebook.com/107353414226618/posts/299571255004832/

CATEGORIES