PKP 2.0 Berisiko Runtuhkan Ekonomi Negara – Muhyiddin

PKP 2.0 Berisiko Runtuhkan Ekonomi Negara – Muhyiddin

Perdana Menteri dilaporkan tidak akan menguatkuasakan semula perintah kawalan pergerakan (PKP) seluruh negara kerana “dikhuatiri boleh meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara” walaupun jumlah kes Covid-19 harian mencecah hampir 700 kes.

“Setakat hari ini, kita tidak memikirkan soalan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di selurah negara. tegas Muhyiddin Yassin.

Menurut Muhyiddin, kerajaan ialah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar di kawasan-kawasan yang dikenalpasti mempunyai kes-kes Covid-19 yang tinggi supaya aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan-kawasan lain yang tidak terjejas boleh diteruskan dengan amalan SOP yang ketat.

Muhyiddin percaya kerajaan hari ini lebih memahami dan berada dalam keadaan lebih baik untuk menangani penularan wabak itu berbanding pengalaman pertama pada awal tahun ini.

Langkah Ini penting bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat dan kestabilan ekonomi negara,” kata perdana menteri lagi.

CATEGORIES