PH Tolak Bajet Tambahan Yang Terpaksa Dibuat Sebab PN tambah Menteri – Lim Guan Eng

Lim Guan Eng menbidas Najib Razak yang mendakwa PH menolak RUU Pembekalan untuk bantuan Covid19 sebaliknya PH menentang Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 kerana RUU ini terpaksa dibuat atas sebab PN menambah puluhan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang membazir duit rakyat.

“Dia nak tipu pula kononnya ini bajet membantu rakyat”, tulis Lim Guan Eng dalam laman Facebook beliau.

“PH menyokong bantuan kepada rakyat bahkan PH bukan sahaja sokong RUU pakej ransangan ekonomi malah kita menuntut kerajaan untuk menggandakan lagi daripada RM45 bilion kepada RM90 bilion demi membantu rakyat. Apa salahnya untuk kerajaan tambah lagi RM45 bilion untuk mengatasi kemelesetan ekonomi paling teruk dalam sejarah” Ujar Lim Guan Eng.

Menurut beliau lagi, “orang yang ada ratusan juta wang 1MDB dalam akaun bank peribadinya, masalah rakyat hilang kerja dan perniagaan gulung tukar tidaklah penting sangat.”

CATEGORIES