Pesuruhjaya PAS Terengganu Positif Covid-19

Pesuruhjaya PAS Terengganu Positif Covid-19

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Senator Husain Awang disahkan positif Covid-19 hari ini, lapor portal BERNAMA.

Husain Awang kini ditempatkan di Hospital Setiu untuk rawatan, dilaporkan dia dalam keadaan sihat tanpa sebarang gejala.

Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu Muhyidin Abdul Rashid menerusi satu kenyataan media.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad turut dilaporkan positif Covid-19.

CATEGORIES