Pertikaman Lidah Berterusan, Lagi Puad Zarkashi Tempelak Annuar Musa

Pertikaman Lidah Berterusan, Lagi Puad Zarkashi Tempelak Annuar Musa

Selepas Nur Jazlan, pemimpin UMNO Johor tempelak sikap Setiausaha Agung BN yang dilihat melebihkan PN berbanding BN, seorang lagi pemimpin UMNO menempelak Menteri Wilayah itu apabila Annuar dalam satu temubual mendakwa UMNO terperangkap dalam superiority complex dan lupa bahawa mereka tewas PRU14 lalu.

Puad Zarkashi yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umnomempersoalkan Annuar yang menurutnya bertindak seolah-olah sebagai jurucakap Bersatu.

“Annuar menjadikan Umno terlalu defensif, macam bad boy. Kenapa perlu jadi jurucakap parti lain?” tulisnya di Facebook.

Puad respon terhadap dakwaan UMNO tewas oleh Annuar, menurut beliau Umno kekal memegang kerusi Parlimen paling banyak Cuma Umno gagal cari rakan yang cukup untuk membentuk kerajaan.

“Bersatu menang 13 kerusi saja tapi bersama DAP, PKR, Warisan dan Amanah, berjaya tubuh kerajaan PH, Sebagai dukungan baru ia mesti dikongsi dengan cara baru. Itu yang presiden Umno sebut di Dewan Rakyat, tak timbul ‘siapa berbudi, siapa terhutang budi’,” katanya lagi

Puad turut mempersoalkan dakwaan Annuar bahawa dia bertindak sebagai “perunding tunggal” untuk Umno ketika PRN Sabah.

“Kalau begitu, apakah Annuar mengaku dia gagal sebagai perunding Umno?

“Mana tidaknya, lapan kerusi yang Bersatu menang itu adalah kerusi yang mereka menang atas tiket Umno pada PRU14. Kenapa semua kerusi itu terlepas kepada Bersatu? Itu punca masalah.”

Puad juga mengecam Annuar kerana menurutnya berdiam diri Hajiji Noor dinamakan sebagai calon ketua menteri.

CATEGORIES