Perpaduan Ummah? Pemuda AMANAH Minta Tarik Dulu Amanat Haji Hadi

Perpaduan Ummah? Pemuda AMANAH Minta Tarik Dulu Amanat Haji Hadi

Pemimpin pemuda AMANAH Terengganu, Hasbie Muda meminta Presiden PAS tarik dulu amanah haji Hadi sebelum berbicara soal perpaduan ummah. Menurut Hasbie, amanat tersebut adalah punca perpecahan ummah selama ini.

Hasbie respon terhadap kenyataan Timbalan Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar bahawa mereka rela dituduh pelacur demi mempertahankan perpaduan ummah,”.

Terdahulu, pengerusi penasihat UMNO menyebut PAS sebagai pelacur kerana bersikap makan keliling.

“Di (pilihan raya kecil) Tanjung Piai, ketika mereka dah bersama dengan kita, PAS tidak mengundi kita, mereka ada 3,000 ahli di Tanjung Piai tapi tidak sampai 1,000 yangundi kita. Mereka bukan rakan kongsi yang jujur. Begitu juga di Semenyih.

“PAS macam pelacur, sekejap (sokong) DAP, sekejap Semangat 46,” kata Ku li kepada the Malaysiainsight.

Sukri membidas kenyataan Ku Li dengan meminta Ku Li hadirkan diri ke masjid di hari tua berbanding merayu dan nyanyuk.

“Sudah masanya mereka berdua bergerak aktif di masjid surau membuat kebajikan untuk menghadapi hari-hari akhir kehidupan, yang pastinya lebih bermanfaat daripada perkataan merapu dan nyanyuk mereka dalam politik.” (Sinar Harian)

CATEGORIES