Perkarangan Pintu Istana Negara Dipenuhi Wartawan

Perkarangan Pintu Istana Negara Dipenuhi Wartawan

Wartawan kini dillaporkan mula memenuhi perkarangan pintu istana negara rentetan pengumuman Anwar Ibrahim khamis lalu memaklumkan pertemuan beliau dengan Yang Di Pertuan Agong.

Dalam pertemuan tersebut , Anwar Ibrahim dikatakan akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya sebagaimana diumumkan pada sidang media 23 September lalu.

Sinar Harian melaporkan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 10 pagi manakala portal Freemalaysiatoday menyebut akan mengadap pada jam 11 pagi. Walaubagaimanapun berdasarkan maklumat terkini daripada pihak Bahagian Komunikasi PKR, memaklumkan belum mempunyai sebarang maklumat berkenaan waktu menghadap.

Anwar pada khamis lalu mengeluarkan kenyataan memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan beliau menghadap baginda hari ini.

Beliau kiranya akan memunjukkan bukti bahawa beliau kIni mempunyai sokongan hampir dua pertiga ahli-ahli Parlimen.

CATEGORIES