Perintah Kawalan Pergerakan :  Tidak Boleh Rentas Negeri Hingga Mei

Perintah Kawalan Pergerakan : Tidak Boleh Rentas Negeri Hingga Mei

Portal Berita Harian melaporkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini, tidak akan dilanjutkan bagi mengelakkan kesan negatif kepada ekonomi negara susulan pelaksanaan PKP.

Perkara itu disebut oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sesi taklimat bersama media yang diadakan secara dalam talian.

Namun, penamatan PKP akan disambung dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“PKP pada asalnya dijadual untuk dilaksanakan dalam tempoh dua minggu (sejak 13 Januari lalu) dan kesan pendekatan ini memerlukan masa.

“Justeru, kita lanjutkan sehingga Februari, tetapi kita tak nak panjangkan PKP kerana beri kesan terhadap ekonomi. Kita kena seimbangkan kepentingan ekonomi dan kesihatan.

“Kalau kita laksanakan PKP selama empat minggu, sampai awal Februari, ia kemudian disusuli PKPB bagi tempoh tiga bulan akan datang.

“Menerusi pendekatan ini, dijangka pada Mei, kita akan dapat turunkan kes (kadar jangkitan harian) kembali ke dua angka,”

Sekiranya PKP ditamatkan dan PKPB dikuatkuasa, rakyat mula boleh merentas daerah namun aktiviti merentas negeri masih tidak lagi dibenarkan.

Rujukan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/01/779877/pkp-hingga-4-februari-tidak-akan-disambung#.YA7JZ2sdkCI.whatsapp

CATEGORIES