Perdana Menteri Bermaruah Akan Letak Jawatan Jika Tewas Esok – Mahathir

Perdana Menteri Bermaruah Akan Letak Jawatan Jika Tewas Esok – Mahathir

Pengasas Parti Pejuang, Dr Mahathir Mohamad mendakwa, sekiranya belanjawan 2021 tidak lulus, perdana menteri yang akan maruah akan meletak jawatan kerana ia akan bukti bahawa Kerajaan telah hilang “legitimacy” kerana ia tidak mempunyai majoriti yang cukup untuk melulus Belanjawan.

Mahathir berkata demikian dalam kenyataan beliau yang mengumumkan menolak Belanjawa 2021 mewakili dirinya dan empat lagi ahli parlimen bersamanya.

Menurut beliau, dalam situasi biasa, perdana menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Palimen tetapi masa sekarang, ketika Negara dilanda pandemik COVID-19, keadaan adalah amat luar biasa dan pengalaman pilihanraya di Sabah baru-baru ini memperlihat bahawa mengadakan pilihanraya umum bukanlah satu pilihan malahan jika dipilih boleh membawa kemudaratan.

Kerana itu,kata Mahathir lagi, proses yang mungkin boleh dipertimbang ialah memberi peluang kepada Parlimen untuk menentu siapakah dikalangan ahli-ahli Parlimen yang ada yang mempunyai sokongan majoriti dan sekiranya Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ahli Parlimen tersebut mempunyai sokongan majoriti, maka dia boleh dipilih untuk menjadi Perdana Menteri untuk menubuh Kerajaan yang baru dan berkhidmat sehingga tamat penggal pemerintahan dan tiba masa untuk pilihanraya umum ke-15 diadakan.

“Ini akan dapat memastikan bahawa Kerajaan baharu ini mempunyai legitimacy dan tidak dipersoalkan seperti Kerajaan pintu belakang sekarang ini.” tulis Mahathir

“Setelah Kerajaan baharu dapat ditubuh, maka Kerajaan ini boleh memilih untuk membentangkan Belanjawan yang baru ataupun mengambil Belanjawan yang telah ditolak dan dilakukan pindaan-pindaan yang telah diminta dahulu.”.

CATEGORIES