Perbentangan Belanjawan Diteruskan Jika Agong Tidak Perkenan Darurat

Perbentangan Belanjawan Diteruskan Jika Agong Tidak Perkenan Darurat

Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil berkata sekiranya Agong tidak memberikan perkenan kepada cadangan darurat Muhyiddin, perlembagaan dan parlimen tidak akan digantung sekaligus sidang parlimen yang dijadualkan pada 2 Nov ini dan diikuti dengan pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 Nov akan diteruskan.

Walaupun beliau percaya usul undi tidak percaya ke atas Muhyiddin kemungkinan besar ia tidak akan dibentang atau diundi Namun katanya pada sidang parlimen bulan ini juga akan ada pembentangan Belanjawan 2021 yang memerlukan undian ahli-ahli parlimen untuk diluluskan.

Sekiranya kerajaan tidak mendapat sokongan majoriti dalam dewan untuk usul tersebut, ia secara tidak langsung telah membuktikan bahawa kerajaan Muhyiddin Yassin sudah tidak memiliki majoriti.

“Apabila ini berlaku maka Muhyiddin tidak ada pilihan lain kecuali meletakkan jawatan atau menasihati Agong untuk membubarkan parlimen.” Kata Isham

“Dengan pembubaran itu Agong boleh melantik perdana menteri sementara yang lain. Baginda juga boleh melantik kembali Muhyiddin jika baginda berkenan.

“Sekiranya wabak Covid-19 masih belum reda, maka tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihan raya umum seperti termaktub dalam perlembagaan boleh dilanjutkan dengan pengisytiharan darurat.

“Dalam tempoh darurat ini kuasa di tangan perdana menteri sementara yang baru, yang memegang kuasa yang diwakili secara statut atau prerogatif daripada Agong semasa tempoh darurat sehingga pilihan raya diadakan,” katanya.

CATEGORIES